PERMOHONAN STOKIS NEGERI/DAERAH
Terma & Syarat
Peringkat Stokis
Ketahui ciri-ciri peringkat stokis yang bersesuaian dengan anda.
HAK PENGAGIHAN
Stokis Negeri mempunyai hak pengagihan eksklusif bagi sesebuah negeri (di dalam Malaysia) yang ditetapkan.
HAK PEMBELIAN
Hanya Stokis Negeri yang boleh membuat pembelian atau pesanan barangan dengan HQ (KoIKMa).
HAK PENGAGIHAN
Stokis Daerah mempunyai hak pengagihan eksklusif bagi sesebuah kawasan atau daerah yang ditetapkan di dalam sesebuah negeri (di dalam Malaysia).
HAK PEMBELIAN
Stokis Daerah perlu membuat segala pembelian atau pesanan barangan melalui Stokis Negeri masing-masing.
HAK PENGAGIHAN
Penjualan kepada pengguna akhir.
HAK PEMBELIAN
Ejen jualan perlu membuat segala pembelian atau pesanan barangan melalui Stokis Daerah.
Syarat Umum
Syarat-syarat umum yang tertakluk kepada semua peringkat stokis.
Pemohonan menjadi rakan Stokis/Ejen Program Rakan Niaga KoIKMa hanya terbuka kepada badan atau ahli Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sahaja.
Pemohon individu (bukan badan Koperasi) perlu berumur 18 tahun ke atas.
Pemohonan harus dibuat melalui wakil atau konsultan KoIKMa yang sah sahaja.
Pemohon harus telah baca, memahami, dan bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan sebelum memeterai perjanjian perlantikan.
Stokis/Ejen yang telah dilantik perlu bertanggungjawab menjaga dan memberi servis yang terbaik untuk pelanggan.
Sebarang maklum balas serta proses aduan perlu melalui saluran yang ditetapkan.
“Status Aktif” bermaksud status sebagai Stokis/Ejen Program Rakan Niaga KoIKMa yang masih sah.
Stokis/Ejen perlu mengekalkan syarat pembelian minima (MOQ) yang ditetapkan dalam setiap tempoh 30 hari dari tarikh akhir pesanan stok untuk mengekalkan “Status Aktif” mereka.
Pihak HQ (KoIKMa) berhak menggugurkan Stokis/Ejen yang tidak aktif untuk memberi ruang kepada pihak-pihak lain yang berkelayakan.
Segala proses pengurusan pesanan, pembelian, pembayaran, dan penghantaran stok perlu dilakukan di dalam akaun Sistem Pengurusan Stokis anda sahaja.
Pihak KoIKMa tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang urusan pesanan atau pembayaran stok melalui pihak-pihak atau wakil-wakil yang tidak dilantik oleh kami.
Setiap pembelian barangan perlu dilakukan secara TUNAI sahaja.
Stok akan dihantar kepada Stokis/Ejen selepas pembayaran penuh diterima.
Segala polisi pembatalan dan pemulangan pesanan adalah tertakluk kepada syarat di dalam Perjanjian Lantikan Stokis.
HQ (KoIKMa) tidak dapat menjanjikan kewajiban untuk menyediakan sampel bagi produk tertentu dan bergantung kepada ketersediaan stok semasa dan produksi produk.
Kawalan Harga Jualan
Stokis/Ejen tidak dibenarkan untuk memanipulasi harga jualan yang telah ditetapkan bagi setiap produk sebelum mendapat persetujuan daripada pihak KoIKMa.
Pemasaran & Pengiklanan
Stokis Negeri dan Stokis Daerah akan dibekalkan Kit Permulaan Pemasaran yang mengandungi bahan-bahan pemasaran asas bagi tujuan pembangunan perniagaan.
Stokis/Ejen bertanggungjawab terhadap maklumat produk yang disampaikan kepada para pelanggan.
Sebarang bentuk pemalsuan fakta atau penyelewengan maklumat yang dibuat akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Stokis/Ejen.
Stokis/Ejen tidak dibenarkan meniru, membuat semula, atau mengaitkan produk edaran HQ (KoIKMa) secara langsung atau bertulis atau berkongsi dengan mana-mana produk yang berada di pasaran.
Bahan-bahan penjenamaan, pemasaran, promosi dan lain-lain harta intelek berkaitan dengan KoIKMa yang dihasilkan secara persendirian oleh pihak Stokis/Ejen perlu mendapat kebenaran HQ (KoIKMa) dahulu.
Pihak HQ (KoIKMa) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atas Stokis/Ejen atau wakil-wakilnya sekiranya berlaku salah laku atas kecuaian, kelalaian atau sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang-undang samada melibatkan kesalahan individu atau syarikat perniagaannya.
Perjanjian lantikan Stokis/Ejen akan ditamatkan serta merta sekiranya tedapat sebarang percanggahan & pelanggaran etika perniagaan.
Stokis bertanggungjawab menjaga dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada ejen-ejen yang telah dilantik di bawah penyeliaan mereka.
Panduan proses perlantikan stokis